Viral menggoda dan menipu


Abstract

Mutakhir ini pelbagai maklumat palsu, malah berbaur fitnah dan pembohongan di alam siber semakin membimbangkan. Sehingga kita sering `tergoda dan tertipu' dengan viral dan maklumat diterima melalui internet atau aplikasi
seperti whatsApp sehingga disebar oleh sesetengah pihak yang berkepentingan. Kesalahan siber adalah jenayah komputer terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat dan penggodaman. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat, namun tiada siapa dapat mengawal perjalanan maklumat dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Sempena Hari Keselamatan Siber Sedunia atau Safer Internet Day, Perdana Menteri turut menyatakan kegusaran dengan menggesa rakyat Malaysia agar
mengekalkan kewaspadaan pada tahap tinggi terhadap pelbagai ancaman siber. Sikap cakna dan celik siber perlu diterap dan diamalkan agar kita tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang tidak tahu asal usul dan
kesahihannya.

[thumbnail of PB2017078816.pdf] Text
PB2017078816.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (286kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 100 Philosophy & psychology
300 Social sciences > 302 Social interaction
Newspaper: Berita Harian
Date: 9 March 2017
Depositing User: Widawati Ariffin (Dungun)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record