Wartawan dan Perjuangan


Abstract

WARTAWAN didefinisikan sebagai orang yang menulis berita atau rencana untuk suratkhabar dan majalah. Tafsiran tersebut cukup untuk menerangkan makna ringkas yang boleh diperoleh daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Mungkin sudah sampai masanya Dewan Bahasa memurnikan makna wartawan dalam konteks semasa yang tidak hanya tertumpu maksudnya dalam medium konvensional semata-mata. Sebagai usaha bagi mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia, Hari Wartawan Nasional (Hawana) telah diperkenalkan dan tarikh 29 Mei dipilih untuk memperingati jasa wartawan yang turut menjadi tunjang dalam memacu hala tuju negara.
Simboliknya pengiktirafan ini, tarikh yang dipilih adalah bersempena dengan penerbitan akhbar Utusan Melayu Edisi Pertama pada tahun 1939. Walaupun Utusan Melayu kini telah berkubur namun semangat juang wartawan tidak pernah luntur. Ini dibuktikan dengansurvival wartawan akhbar-akhbar arus perdana yang sudah beralih ke landasan baharu. Organisasi media terus mengorak langkah, mengikut arus dan kehendak semasa bagi memenuhi tuntutan informasi di hujung jari. Segala-galanya menjadi pantas dan wartawanlah nadi penggerak mengerah keringat dan sanggup berkorban demi menyajikan halwa mata dan telinga yang diperlukan masyarakat.

[thumbnail of PB2021120861.pdf] Text
PB2021120861.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (226kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Sinar Harian
Date: 29 May 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record