Banjir: KPT-UiTM bantu mangsa di Pahang


Abstract

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneruskan misi murni membantu mangsa banjir di Temerloh, Pahang semalam.

Inisiatif KPT-UiTM Prihatin itu disertai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan seramai 120 sukarelawan dari UiTM Pahang serta Shah Alam.

Turut menyertai misi bantuan banjir ke-23 itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi dan Rektor UiTM Pahang, Prof. Dr. Mohd Ilham Adenan.

UiTM menerusi kenyataan berkata, Temerloh merupakan daerah angkat KPT dan misi itu antaranya melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan.

“Sukarelawan membantu membersih dan mengemas kawasan sekolah itu sebagai persiapan sesi pembelajaran yang akan bermula nanti.

“Selain itu, rumah mangsa banjir di Kampung Tanjung Kerayong iaitu berdekatan sekolah berkenaan turut dibersihkan,” katanya hari ini.

[thumbnail of 20220104_UM_KPT UITM bantu mangsa banjir.pdf] Text
20220104_UM_KPT UITM bantu mangsa banjir.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (196kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 4 January 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record