Inisiatif korporat tingkat taraf hidup rakyat


Abstract

Ibu bapa terpaksa berhempas-pulas menyambung sumber pendapatan dan anak kekurangan peralatan untuk meneruskan pembelajaran secara talian, menyebabkan ramai ketinggalan.Bagaimanapun, ada juga mempunyai akses internet lebih baik, pekerjaan stabil dan simpanan serta berpeluang meningkatkan taraf hidup melalui banyak pekerjaan dan latihan dijalankan secara dalam talian.Ini menyebabkan jurang pendapatan semakin melebar hingga menimbulkan pelbagai isu seperti masalah sosial dan jenayah.

Justeru, jalan penyelesaian perlu diambil segera. Dalam konteks ini, kerajaan mewujudkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Begitu juga bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis persendirian. Meletakkan semua tanggungjawab membaik pulih ekonomi ke atas bahu kerajaan semata-mata bukanlah jalan penyelesaian terbaik buat masa ini. Dalam hal ini, sumbangan sektor korporat kepada pembangunan negara perlu dilihat secara holistik. Contohnya, projek Blue Ocean Strategy menekankan kepentingan kerjasama antara badan kerajaan dengan sektor swasta.

[thumbnail of PB2021120669.pdf] Text
PB2021120669.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (263kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 330 Economics
Divisions: Faculties > Accountancy
Newspaper: Berita Harian
Date: 18 May 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record