PKP penuh bakal rencatkan pemulihan ekonomi negara


Official URL: https://utusantv.com

Abstract

BILANGAN positif COVID-19 di Selangor baru-baru ini telah mencatatkan lonjakan kes melebihi 1,000 sejak 23 April lalu dan berterusan merekodkan kira-kira 1,100 hinggalebih 2,200 kes antara 5 Mei hingga ke hari ini. Keadaan ini lebih membimbangkan apabila berlakunya peningkatan kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima, khususnya dalam kalangan orang muda. Peningkatan ini berkait dengan beberapa penemuan varian baharu yang dimaklumkan sebelum ini iaitu varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.117, varian Nigeria B1.525 dan varian mutasi berganda India B.1.617.1. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui menterinya telah menzahirkan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mempertimbangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh khususnya di negeri Selangor. Secara asasnya, pelaksanaan PKP memberi kos kepada ekonomi kerana wujud ‘trade-off’ antara kawalan pergerakan dan ‘kesihatan’ ekonomi. Sememangnya aspek kesihatan rakyat amat penting dan sewajarnya menjadi keutamaan kerajaan, namun menjalankan PKP penuh dilihat bukanlah satu jalan penyelesaian yang wajar.

[thumbnail of PB2021120795.pdf] Text
PB2021120795.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (146kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 330 Economics
Campuses: Negeri Sembilan
Divisions: Faculties > Business Management
Newspaper: UtusanTV
Date: 20 May 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Edit Item Record
Edit Item Record