Inspirasi topeng covid-19: pereka muda pertaruh idea daripada isu semasa pandemik dalam karya seni


Abstract

'MEMETIK' idea industri fesyen antarabangsa yang hangat memberi kelainan ketika di karpet merah Met Gala, pereka seni muda ini melihat ia mampu memberi satu interpretasi dalam kajian sosial di era pandemik Covid-19.

Pengkarya, Anis Che Mat, 29, melihat pemakaian pelitup muka kini menjadi 'topeng' wajib untuk setiap individu mendepani penularan Covid-19.

Jelasnya, gabungan fesyen dan situasi yang berlaku ketika ini memberi inspirasi kepadanya untuk berkarya yang melihat perspektif orang ramai mengenai penggunaan topeng yang berbeza daripada menggunakan pelitup muka bagi melindungi keselamatan kesihatan peribadi.

"Saya adalah salah seorang peserta Bakat Muda Sezaman 21. Bagi Bakat Muda Sezaman kali ini, saya mempertaruhkan idea eksperimen sosial mengenai isu semasa iaitu Covid-19 yang melanda dunia.

"Malah, ia mengingatkan kita mengenai sejarah pandemik yang meragut banyak nyawa sebelum ini. Seperti sedia maklum topeng adalah satu objek 'ikonik' menjadi keperluan ketika ini tanpa wujud persempadanan bangsa pangkat, pendapatan dan kepercayaan," katanya.

Justeru, pengenalan sosial eksperimen bertajuk 'Behid The Mask' dalam karya seni itu bukan sahaja menguji mengenai perspektif orang ramai mengenai kelainan yang wujud, tetapi turut menjadi idea persembahan dalam pementasan seni seperti fesyen.

"Saya bersama beberapa model dari jabatan Textile Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memakai topeng dan berjalan di tempat tumpuan orang ramai di beberapa pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur bagi melihat reaksi mereka terhadap topeng yang dihasilkan.

[thumbnail of 20220104_HM_Topeng covid-19.pdf] Text
20220104_HM_Topeng covid-19.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (437kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 740 Drawing & decorative arts > 745 Decorative arts
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Page Range: p. 39
Date: 4 January 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record